Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 20 juta jemaah ke Masjid Nabawi pada 20 hari pertama Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
MADINAH: Penguasa bagi Hal Ehwal Masjid Nabawi berkongsi 19,899,991 jemaah mengunjungi masjid tersebut pada 20 hari pertama Ramadan tahun ini.

Kebanyakan daripada mereka juga melawat tempat-tempat bersejarah di sekeliling masjid, lapor Saudi Gazette.

1,643,288 orang menziarahi makam Nabi Muhammad (SAW), manakala 655,277 orang terdiri daripada jemaah lelaki dan wanita, mengunjungi Al-Rawdah Al-Sharif.

Pihak berkuasa Saudi juga berusaha untuk memenuhi permintaan pelbagai kumpulan, sebagai contoh, 50,820 warga emas yang dibantu di beberapa kawasan khusus.

Pelbagai jenis khidmat ditawarkan untuk memudahkan pengalaman jemaah, termasuk membantu 256,804 individu mencari arah, 144,382 jemaah menggunakan rangkaian komunikasi bagi pengunjung, dan 310,161 individu memanfaatkan khidmat terjemahan yang ditawarkan.

Pameran dan perpustakaan Masjid Nabawi pula menarik 46,877 pengunjung, manakala khidmat pengangkutan digunakan oleh 185,544 individu.

Selain itu, pihak berkuasa mengagihkan 483,560 botol air Zamzam dan 649,884 cenderahati.

Sebanyak 5,901,198 pek makanan diberikan kepada mereka yang berbuka puasa.

Untuk memastikan khidmat tersebut berjalan lancar, pihak berkuasa bekerjasama dengan agensi keselamatan, perkhidmatan, kecemasan dan sukarelawan, untuk membantu para jemaah dan pelawat ke Masjid Nabawi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan