Skip to main content

Dunia

Hampir 2 juta jemaah melalui miqat Makkah sepanjang Ramadan 2026

Hampir dua juta jemaah telah melalui miqat-miqat Makkah untuk berihram sepanjang Ramadan 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 2 juta jemaah melalui miqat Makkah sepanjang Ramadan 2026
Jutaan jemaah melalui miqat-miqat Makkah untuk berihram sepanjang Ramadan 2026. (Gambar: AFP/Ahmad Al-Rubaye)
Diterbitkan : 18 Mar 2026 11:27PM
  • Pihak berkuasa Makkah bersedia mengendalikan hampir dua juta jemaah umrah sepanjang Ramadan 2026.
  • Permintaan hotel biasanya tinggi pada 10 hari terakhir Ramadan, tetapi perang di Iran menyebabkan ramai jemaah antarabangsa membatalkan tempahan.
  • Penurunan harga hotel membuka peluang kepada rakyat Arab Saudi dan penduduk Teluk untuk menikmati kadar sewa yang lebih rendah berhampiran Masjidil Haram.
  • Sesetengah jemaah tempatan mendakwa mendapat penjimatan sehingga 50 peratus daripada harga asal hotel semasa malam-malam akhir Ramadan.
Dijana oleh AI
MAKKAH: Hampir dua juta jemaah telah melalui miqat-miqat Makkah untuk berihram sepanjang Ramadan 2026.

Pihak berkuasa bandar Makkah menyatakan ia sudah pun bersedia untuk mengendalikan peningkatan kehadiran jemaah dari seluruh dunia pada sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut laporan Arab News, permintaan hotel di Makkah semasa 10 hari terakhir Ramadan, secara tradisinya, merupakan tempoh paling sibuk sepanjang tahun.

Namun akibat perang di Iran, harga hotel di Makkah menjunam selepas sebilangan jemaah antarabangsa membatalkan tempahan mereka.

Ini sebaliknya membuka peluang kepada rakyat Arab Saudi dan penduduk dari kawasan Teluk serta daerah-daerah di mana laluan ke Makkah tidak terjejas.

Mereka menikmati harga sewa bilik-bilik hotel berhampiran Masjidil Haram pada kadar yang jarang dilihat semasa malam-malam akhir Ramadan.

Dengan berkurangnya jemaah antarabangsa, sesetengah hotel menurunkan harga, menjadi satu penjimatan yang tidak dijangka untuk jemaah dari daerah-daerah yang tidak terjejas.

Sesetengah jemaah umrah mendakwa meraih penjimatan sehingga 50 peratus daripada harga asal.
Sumber : Agensi berita/AA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita