Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 19 juta jemaah kunjungi Masjidil Haram pada Ramadan kali ini

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 19 juta jemaah kunjungi Masjidil Haram pada Ramadan kali ini

Gambar: Agensi berita/ Saudi Gazette

MAKKAH: Hampir 19 juta jemaah mengunjungi Masjidil Haram dalam bulan Ramadan kali ini.

Menurut Pengarah Agung Projek Perluasan Masjidil Haram yang Ketiga, Walid Al-Masoudi, lebih 18 juta jemaah melakukan lima solat fardhu sehari selain solat terawih dan tahajjud di masjid paling suci dalam Islam ini, lapor Saudi Gazette.

Beliau menambah, setiap jam lebih 500,000 jemaah berada di kawasan Masjidil Haram yang telah diperluaskan itu.

Malah, seperti sebelum pandemik, solat terawih di Masjidil Haram telah melimpah ke jalan-jalan raya sekelilingnya.

Inipun kerana majoriti sekatan-sekatan bendung COVID-19 telah ditarik balik di Saudi, sejak awal bulan ini.

Tambah Saudi Gazette lagi, solat berjemaah kini tidak lagi perlu berjarak dan orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup di luar bangunan, kecuali di dalam masjid dan bangunan tertutup.

Semakin ramainya orang yang mahu menunaikan umrah pada hari-hari terakhir Ramadan, juga menyebabkan ibadah tawaf kini diperluaskan ke kawasan bumbung Masjidil Haram.

Kalau dulu ibadah tawaf boleh diselesaikan dalam masa 15 hingga 20 minit di pelantaran Kaabah, namun, melakukan tawaf di bumbung masjid boleh mengambil masa sekurang-kurangnya sejam 10 minit.

Kawasan sekeliling Masjidil Haram juga sentiasa penuh selepas solat terawih setiap malam sehingga selepas waktu Subuh, lapor Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/AZ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan