Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 1.4 juta jemaah haji luar negara tiba di Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 1.4 juta jemaah haji luar negara tiba di Arab Saudi

(Gambar: Saudi Gazette/Facebook)

JEDDAH: Hampir 1.4 juta jemaah haji dari luar negara tiba di Arab Saudi, sehingga Isnin (19 Jun).

Direktorat Umum Pasport menarik perhatian bahawa jumlah jemaah yang tiba dari luar Arab Saudi menerusi lapangan terbang mencecah hampir 1.3 juta, lapor agensi berita Saudi Gazette. Lebih 57,000 jemaah lain tiba di negara tersebut menerusi pelabuhan darat dan baki 4,648 jemaah melakukan perjalanan ke Arab Saudi menerusi pelabuhan laut.

Tahun ini adalah kali pertama, Arab Saudi menarik balik semua sekatan COVID-19 bagi jemaah haji dan kesemuanya 2 juta orang akan menunaikan ibadah itu.

Arab Saudi telah mengumumkan kemuncak ibadah haji, Wukuf di Arafah, pada 27 Jun.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan