Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 13,000 doktor kontrak di M'sia diserap ke jawatan tetap dalam 3 tahun: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia komited untuk menyerap seramai 12,800 orang doktor kontrak ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan tersebut bermula tahun ini dengan penyerapan 4,300 doktor.

Baki pegawai kontrak disasarkan untuk diserap menjelang 2025 dan dianggarkan melibatkan peruntukan tambahan sekitar RM1.7 bilion (S$512 juta), lapor Malaysia Gazette.

“Sebab itulah saya merayu, sementara tuntutan itu munasabah bahawa mereka berkhidmat sekian lama, perkara ini tertangguh lama (namun) untuk tahun ini kita selesaikan semua kita tidak mampu,” kata Encik Anwar di Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.

Menurut Encik Anwar, 12,800 doktor kontrak tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan pegawai perubatan lantikan kontrak berjumlah 20,330 orang.

Encik Anwar mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada pegawai perubatan yang tidak terlibat dalam mogok yang didalangi oleh beberapa pihak.

Menurutnya, kerajaan memahami bahawa isu lantikan pegawai kesihatan kontrak yang lama berlarutan.

Kerajaan itu juga memberi jaminan isu tersebut akan ditangani sebaiknya.

“Mengambil kira bilangan dan implikasi kewangan yang terlibat, Kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan isu ini secara berperingkat.

“Ini termasuk menambah baik peluang latihan kepakaran dan garis panduan sedia ada,” Malaysia Gazette memetik kata-kata Perdana Menteri itu.

Di bawah Belanjawan 2023, kerajaan menyediakan peruntukan gaji sebanyak RM19.7 bilion (S$5.9 bilion) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia peningkatan hampir RM3 bilion (S$902 juta) berbanding peruntukan asal yang disediakan pada tahun 2022.

Peningkatan gaji adalah untuk membiayai kenaikan gaji tahunan bagi 288,740 perjawatan sedia ada KKM sebanyak RM1.2 bilion (S$361 juta).

Peruntukan tambahan untuk keperluan pegawai kontrak RM600 juta (S$181 juta).

Pelantikan ke jawatan tetap yang diserap daripada pegawai kontrak dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM1.1 bilion (S$332 juta) termasuk doktor, pegawai farmasi dan pergigian, menurut Malaysia Gazette.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan