Hampir 124 juta rakyat Indonesia dijangka mudik sambut Lebaran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Adek Berry/AFP)
JAKARTA: Hampir 124 juta rakyat Indonesia dijangka melakukan mudik bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.
Sebanyak 18 juta orang daripada jumlah itu pula dijangka mudik dari Jakarta dan daerah sekelilingnya sekaligus mudik Lebaran kali ini mungkin antara yang paling besar dan sibuk sejak beberapa tahun lalu.
Di Indonesia, melakukan perjalanan serentak secara beramai-ramai atau istilahnya 'mudik' merupakan antara tradisi yang sekian lama bertahan.
Jutaan penduduk kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Lebaran bersama sanak saudara.
PENDUDUK TIDAK SABAR; PERNIAGAAN BAS MENINGKAT
Terminal Bas Pulo Gebang di Jakarta Timur amat sesak dengan para penduduk yang tidak sabar untuk bermudik.
Antara mereka yang mudik tahun ini adalah Afrizal sekeluarga.
Mereka menunggu giliran untuk menaiki bas seawal pukul 7.00 pagi lagi untuk membawa mereka ke Bukit Tinggi di Sumatera Barat.
Ini merupakan perayaan Aidilfitri mereka sekeluarga yang pertama di kampung halaman sejak pandemik COVID-19 melanda.
"Kalau tahun lalu masih ada kekhuatirannya. Kalau sekarang rasanya sudah mulai hilang COVID," luah Afrizal.
Syarikat-syarikat pengendali bas menyatakan jumlah penumpang meningkat 20 peratus tahun ini.
Seorang kakitangan Syarikat Pengangkutan Siliwangi Antar Nusa, Sudarni, berkongsi: "Lebih banyak tahun ini kerana setelah lepas pandemik kan. Jadi orang mulai tahun ini baru boleh bebas mudik. Jumlahnya tahun ini melebihi 200 orang."
STESEN KERETA API JUGA PADAT DENGAN ORANG MAHU BALIK KAMPUNG
Di Stesen Kereta Api Jakarta Pusat pula, lebih 20,000 penumpang berangkat pulang ke kampung setiap hari.
Memandangkan hampir tiada sekatan COVID-19 di Indonesia, jumlah itu dijangka terus melonjak menjelang Aidilfitri.
"Mungkin di tahun lalu itu, masih ada aturan seperti antigen atau PCR di masa sambutan Lebarannya. Kalau untuk saat ini, usia 18 tahun ke atas wajib divaksin ketiga atau penggalak, usia 13 hingga 17 wajib divaksin kedua.
"Kemudian usia 6 hingga 12 tahun kalau belum divaksin, masih boleh berjalan tetap menggunakan kereta api didampingi dengan orang dewasa yang memenuhi persyaratan tadi," jelas jurucakap Kereta Api Indonesia (KAI) Eva Chairunisa.
JUMLAH ORANG MUDIK MENINGKAT BERBANDING TAHUN LALU
Kementerian Pengangkutan Indonesia meramalkan bahawa tahun ini hampir 124 juta orang bakal melakukan perjalanan tahunan untuk pulang ke kampung halaman mengunjungi sanak saudara.
Jumlah itu meningkat daripada jumlah 86 juta yang dicatat tahun lalu.
Di Jakarta misalnya, pihak berkuasa menyediakan 70 kereta api sehari untuk musim perayaan kali ini, lebih tinggi berbanding 63 kereta api tahun lalu.
Langkah itu diambil demi memenuhi lonjakan kepada jumlah penumpang.
Seorang penduduk Jakarta, Ahmad Suroso, berkata: "Kalau pulang kan automatik bertemu anak yang masih kecil, dia minta oleh-oleh, mainan. Ya gembiranya bila begitu, bertemu anak isteri."
Seorang lagi penduduk, Anita Wijaya, berkata: "Saya berjauhan dari ibu itu sekitar enam bulan belum bertemu jadi saya senang."
Dengan hampir separuh penduduk Indonesia dijangka melakukan perjalanan minggu ini, 'mudik Lebaran' kali ini mungkin merupakan yang paling sibuk dalam sejarah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.