Hampir 1,000 maut, sejuta hilang tempat tinggal akibat banjir Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Hampir 1,000 orang terkorban dan hampir satu juta lagi terpaksa meninggalkan rumah selepas beberapa minggu banjir dan tanah runtuh melanda Sumatra Utara, menurut angka yang dikeluarkan pada Isnin (8 Dis) oleh agensi bencana Indonesia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan 961 kematian, 234 orang hilang dan kira-kira 5,000 cedera di wilayah Aceh, Sumatra Utara dan Sumatra Barat setakat Khamis (4 Dis).
Agensi itu turut mencatat kerosakan ke atas lebih 156,000 rumah. Sebanyak 52 daerah dan bandar masih terjejas teruk.
Ketua BNPB, Suharyanto, memaklumkan kepada Presiden Prabowo Subianto pada Ahad malam bahawa 975,075 orang berlindung di pusat pemindahan sementara di tiga wilayah berkenaan.
Aceh merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan lebih 900,000 penduduk dipindahkan, menurut BNPB.
Paras banjir mula surut di beberapa daerah pesisir pantai, walaupun kawasan luas di banjaran tengah masih terputus hubungan, kata BNPB.
Presiden Prabowo melawat kawasan terjejas banjir di Aceh pada Ahad. Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat kecemasan yang dihadiri menteri Kabinet, panglima tentera dan pegawai wilayah.
Musim hujan Indonesia, yang biasanya memuncak antara November dan April, sering membawa banjir besar.
Kumpulan alam sekitar dan pakar bencana sudah lama memberi amaran bahawa pembalakan berlebihan, pembangunan tidak terkawal dan lembangan sungai yang semakin terjejas meningkatkan risiko terhadap masyarakat di Sumatra.
Hujan lebat tambahan diramal di beberapa bahagian pulau itu dalam beberapa hari akan datang, menimbulkan kebimbangan terhadap keluarga yang terpaksa berpindah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.