Skip to main content

Dunia

Hampir 10 juta kanak-kanak berisiko sakit akibat jerebu - UNICEF

Pencemaran udara akibat kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan hampir 10 juta kanak-kanak berisiko mengalami penyakit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 10 juta kanak-kanak berisiko sakit akibat jerebu - UNICEF

(Gambar: Chaideer Mahyuddin/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 08:50PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 08:54PM

JAKARTA: Pencemaran udara akibat kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan hampir 10 juta kanak-kanak berisiko mengalami penyakit.

Amaran itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) hari ini (24 Sep), susulan penjelasan ahli sains berhubung gas rumah hijau yang dikeluarkan dalam kebakaran tersebut.

Kebakaran itu turut menyebabkan masalah jerebu yang serius di rantau Asia Tenggara sejak beberapa minggu lalu dan menyebabkan penutupan sekolah serta lapangan terbang.

Orang ramai juga terpaksa membeli pelitup selain mendapatkan rawatan akibat penyakit berkaitan pernafasan.

Jakarta sudah menggerakkan ribuan anggota bomba dan pesawat pemadam api untuk mengawal kebakaran yang pada mulanya bertujuan membersihkan kawasan pertanian.

Kebakaran seumpama itu merupakan masalah tahunan namun ia menjadi lebih buruk kali ini sejak 2015 disebabkan cuaca dan suhu kering.

Menurut agensi kanak-kanak PBB, UNICEF, hampir 10 juta penduduk yang berusia di bawah 18 tahun, suku daripadanya berumur 5 tahun ke bawah, tinggal di kawasan, paling teruk terjejas di kepulauan Sumatera dan sebahagian kepulauan Borneo.

UNICEF menyatakan kanak-kanak khususnya berisiko tinggi kerana sistem imun yang lemah manakala wanita hamil yang terdedah kepada jerebu berkemungkinan melahirkan bayi yang bermasalah.

Wakil UNICEF, Debora Comini berkata, mutu udara yang buruk semakin bertambah dan ia adalah cabaran buat Indonesia.

"Setiap tahun, jutaan kanak-kanak menghidu udara beracun yang mengancam kesihatan mereka dan menyebabkan mereka terlepas sekolah," kata Cik Comini.

“Sekolah terpaksa ditutup di seluruh Malaysia minggu lalu akibat mutu udara, manakala Singapura diselubungi jerebu semasa perlumbaan F1,” katanya 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita