Skip to main content

Dunia

Hampir 1 juta penduduk Wuhan dikenakan perintah berkurung setelah 4 kes COVID-19 dikesan

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 1 juta penduduk Wuhan dikenakan perintah berkurung setelah 4 kes COVID-19 dikesan

(Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2022 09:02AM Dikemas Kini : 28 Jul 2022 09:04AM

CHINA: Hampir sejuta penduduk di Wuhan - pusat bandar China di mana koronavirus dikesan buat pertama kali - diletakkan di bawah perintah berkurung. 

Penduduk daerah Jiangxia diarah tinggal di rumah selama tiga hari setelah empat kes COVID-19 tidak bergejala dikesan. 

China mengamalkan strategi "sifar Covid", termasuk ujian besar-besaran, langkah pengasingan diri yang ketat dan perintah berkurung bersasar.

Ini menyebabkan kurang kematian di China berbanding dengan negara-negara lain. 

Namun, strategi itu semakin ditentang sedang orang ramai dan perniagaan terus berdepan dengan beberapa sekatan. 

Di Wuhan, iaitu bandar dengan 12 juta penduduk, ujian yang kerap dijalankan mendapati dua kes COVID-19 tidak bergejala dua hari lalu. 

Lagi dua kes dikesan menerusi pengesanan kontak, dan sejurus selepas itu, arahan perintah berkurung dikeluarkan, lapor BBC. 

Wuhan dikenali oleh dunia pada awal 2020 sebagai tempat pertama saintis melaporkan koronavirus baru - dan bandar pertama diletakkan di bawah langkah sekatan ketat. 

Pada waktu itu, masyarakat antarabangsa terkejut dengan arahan perintah berkurung yang ketat itu, namun banyak negara dan bandar kemudian juga terpaksa mengenakan langkah yang serupa. 

China mencatatkan lebih 2.2 juta kes COVID-19 dan 14,720 kematian sejak pandemik bermula pada 2019, menurut Universiti Johns Hopkins di Amerika. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita