Hampir 1,000 bangunan musnah akibat letusan gunung berapi di Kepulauan Canary
Lava dari gunung berapi Cumbre Vieja di pulau La Palma di Kepulauan Canary melitupi sekitar 400 hektar tanah dan memusnahkan hampir 1,000 bangunan menurut Jabatan Keselamatan Negara Sepanyol dan sistem Copernicus Kesatuan Eropah (EU).
(Gambar: BERNAMA)
MADRID: Lava dari gunung berapi Cumbre Vieja di pulau La Palma di Kepulauan Canary melitupi sekitar 400 hektar tanah dan memusnahkan hampir 1,000 bangunan menurut Jabatan Keselamatan Negara Sepanyol dan sistem Copernicus Kesatuan Eropah (EU).
Menurut Copernicus, itu adalah maklumat terkini setakat Isnin (4 Okt) sementara menunggu penilaian baru melalui gambar satelit dilakukan, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).
Hampir 30 hektar laut dipenuhi dengan lava.
Pada petang Ahad (2 Okt), sebahagian puncak utama gunung berapi itu runtuh (yang dianggap normal oleh pakar) menyebabkan peningkatan aliran lava, kata pakar gunung berapi kepada media Sepanyol.
Pemantauan awal menunjukkan bahawa lava dan batuan yang melebur mengalir ke arah lokasi yang sama seperti sebelum ini, dan belum ada laporan mengenai kawasan baru.
Pada Ahad (2 Okt), Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez mengumumkan kira-kira 200 juta euro (S$315 juta) diperuntukkan untuk membantu "pembinaan semula" La Palma.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.