Hamas tolak saranan gencatan senjata Israel, tidak berganjak dari tuntutan utama
Tentera Israel di selatan Gaza, 13 Mac 2024. (Gambar: JACK GUEZ / AFP)
KAHERAH: Hamas pada Sabtu (13 Apr) menolak saranan gencatan senjata Israel dan menegaskan tidak akan berganjak daripada tuntutannya kepada Israel.
Saranan itu diserahkan ke Hamas melalui pengantara di Mesir dan Qatar pada awal minggu lalu.
Setelah hampir tujuh bulan Israel menggempur Gaza--baik melalui serangan udara maupun tentera di darat-- rundingan dengan Hamas masih menemui jalan buntu.
Hamas tetap menegaskan bahawa sebarang perjanjian gencatan senjata mesti menamatkan perang dengan Israel.
Antara syarat utamanya termasuk gencatan senjata kekal, pengunduran askar Israel dari Gaza dan membenarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal untuk pulang ke kampung halaman mereka.
Hamas juga berkata bahawa ia sudah bersedia untuk memuktamadkan pertukaran tebusan dengan Israel dalam perjanjian tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.