Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hamas tolak cadangan gencatan senjata sementara: Pegawai

Seorang pegawai kanan Hamas berkata pada Khamis (30 Okt), kumpulan itu menolak sebarang cadangan untuk menghentikan sementara pertempuran yang berlangsung lebih setahun di Gaza dan hanya menerima gencatan senjata yang berkekalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamas tolak cadangan gencatan senjata sementara: Pegawai

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Oct 2024 09:40PM Dikemas Kini : 31 Oct 2024 10:28PM
CARIKAN GAZA: Seorang pegawai kanan Hamas berkata pada Khamis (30 Okt), kumpulan itu menolak sebarang cadangan untuk menghentikan sementara pertempuran yang berlangsung lebih setahun di Gaza dan hanya menerima gencatan senjata yang berkekalan.

"Cadangan untuk menghentikan perang secara sementara, dan kemudian menyambung semula serangan, adalah sesuatu yang sudah kami nyatakan pendirian kami, kata pemimpin kanan pergerakan itu, Taher al-Nunu kepada AFP.

"Hamas sokong perang tamat secara kekal, bukan sementara," tegasnya.

Sumber kepada AFP sebelum ini berkata, perantara sedang mengusahakan gencatan senjata di Gaza dan dijangka mengemukakan cadangan gencatan senjata 'kurang dari sebulan' terhadap Hamas.

Menurut sumber itu, rundingan diadakan antara Ketua Mossad, David Barnea; Pengarah CIA, Bill Burns dan Perdana Menteri Qatar di Doha, yang berakhir pada Isnin, membincangkan cadangan gencatan senjata 'jangka pendek, kurang dari sebulan'.

Tambahnya, cadangan itu juga membabitkan pertukaran tebusan warga Israel dengan tahanan Palestin di penjara Israel dan peningkatan bantuan ke Gaza.

"Pegawai Amerika Syarikat percaya jika perjanjian jangka pendek dapat dicapai, ia boleh membawa kepada perjanjian yang lebih kekal," kata sumber itu.

Al-Nunu berkata, setakat ini, kumpulan itu belum menerima sebarang cadangan malah berkata, jika menerima cadangan sedemikian, mereka akan memberikan maklum balas.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tuntutan yang dikemukakan kumpulan itu selama beberapa bulan lalu adalah – 'gencatan senjata kekal, pengunduran (tentera Israel) dari Gaza, penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza pulang ke rumah masing-masing, bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan yang serius'.
Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan