Hamas sedia mudahkan serah pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA /ISTANBUL: Hamas pada Khamis (8 Jan) menyatakan kesediaan untuk memudahkan pemindahan tanggungjawab pentadbiran di Carikan Gaza kepada sebuah jawatankuasa bebas, sambil menegaskan yang ia tidak berhasrat untuk terlibat dalam sebarang aturan tadbir urus wilayah itu pada masa akan datang, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataannya, jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata kumpulan itu sedang menunggu pembentukan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyelia pentadbiran Gaza, merangkumi pelbagai sektor, sambil menyatakan yang cadangan itu menerima sokongan Hamas serta beberapa puak Palestin lain.
Beliau berkata gerakan itu akan memudahkan proses penyerahan dan menyokong kerja jawatankuasa berkenaan, sambil menegaskan yang Hamas sudah lama memutuskan untuk berada di luar sebarang rangka kerja pentadbiran bagi mengurus wilayah itu.
Kenyataan itu dikeluarkan hasil keputusan yang diterima pakai pada sidang puncak tergempar Arab mengenai Gaza pada Mac 2024, yang menolak sebarang bentuk pemindahan paksa rakyat Palestin serta menyokong pelan pembinaan semula Gaza oleh Mesir sebagai inisiatif Arab bersama.
Pelan itu membayangkan penubuhan sebuah jawatankuasa pentadbiran sementara untuk mentadbir Gaza sepanjang tempoh peralihan selama enam bulan. Badan itu akan bersifat bebas, dianggotai teknokrat bukan berpuak dan beroperasi di bawah kuasa pemerintah Palestin, satu aturan yang disambut baik oleh Hamas pada ketika itu.
Kenyataan Hamas itu juga menyusul laporan oleh laman berita Israel, Times of Israel bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dijangka akan mengumumkan fasa kedua cadangannya mengenai Gaza pada minggu depan, walaupun terdapat bantahan yang dilaporkan dari pihak Israel.
Laporan itu menyatakan Encik Trump merancang untuk mengumumkan penubuhan sebuah “majlis keamanan” dan badan pentadbiran lain yang ditugaskan untuk mentadbir Gaza selepas kelengahan selama beberapa minggu.
Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, tentera Israel melakukan beratus-ratus pelanggaran, mengorbankan 424 rakyat Palestin dan mencederakan 1,189 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.
Gencatan senjata itu menamatkan perang Israel selama dua tahun yang mengorbankan hampir 71,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, mencederakan lebih 171,200 yang lain sejak Oktober 2023, serta menyebabkan kemusnahan wilayah itu.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.