Hamas sedia laksana gencatan senjata tanpa syarat baharu
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Hamas menyatakan pada Rabu (11 Sep) bahawa para perundingnya sekali lagi menyuarakan kesediaan untuk melaksanakan gencatan senjata "segera" dengan Israel di Gaza berdasarkan saranan sebelum ini oleh Amerika Syarikat tanpa memperkenalkan syarat baharu daripada mana-mana pihak.
Hamas dalam kenyataannya turut mendedahkan bahawa pasukan perundingnya, yang dipimpin oleh pegawai kanan Khalil al-Hayya, bertemu para pengantara pada Rabu (11 Sep) termasuk Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan ketua perisikan Mesir Abbas Kamel di Doha untuk membincangkan perkembangan terkini di Gaza.
Rundingan setakat ini gagal mencapai kesepakatan untuk menamatkan perang selama 11 bulan itu. Isu-isu berlarutan yang masih belum dipersetujui termasuk kawalan koridor Philadelphi, iaitu kawasan sempit antara sempadan Gaza dengan Mesir.
Pengarah CIA William Burns, yang juga ketua perunding Amerika bagi Gaza, berkata pada Sabtu lalu bahawa saranan gencatan senjata yang lebih terperinci akan dibuat dalam masa beberapa hari akan datang.
Saranan sebelum ini yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jun lalu menggariskan gencatan senjata tiga fasa sebagai ganti kepada pembebasan para tebusan warga Israel.
Perang di Gaza meletus selepas Hamas menyerang Israel pada 7 Okt lalu membunuh 1,200 orang dan menjadikan kira-kira 250 warga Israel sebagai tebusan, menurut pengiraan Israel.
Serangan Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 41,084 rakyat Palestin dan mencederakan 95,029 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.