Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hamas sangkal dakwaan ketua sayap tentera Mohammed Deif dibunuh

Anggaran Waktu Membaca:
Hamas sangkal dakwaan ketua sayap tentera Mohammed Deif dibunuh

Gambar: AFP/Ho

Diterbitkan : 03 Nov 2024 02:04PM Dikemas Kini : 03 Nov 2024 02:13PM
GAZA: Kumpulan Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang berpangkalan di London, yang mendakwa ketua sayap tentera kumpulan itu Mohammed Deif terbunuh, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Nov) memaklumkan bahawa laporan terbabit tidak benar dan menggesa semua media untuk melaporkan dengan tepat dan profesional.

Reaksi itu timbul selepas Asharq al-Awsat, yang memetik sumber Hamas, mendakwa bahawa pergerakan itu mengesahkan Deif terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada pertengahan Julai.

Deif merupakan pemimpin sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam.

Israel pada 1 Ogos mendakwa bahawa Deif terbunuh dalam serangan udara di bandar Khan Yunis, selatan Gaza, dua minggu sebelumnya.

Serangan itu merupakan percubaan kelapan oleh Israel untuk membunuh Deif.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan