Hamas sambut baik ketetapan gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB bagi Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: ANGELA WEISS/AFP
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (10 Jun) meluluskan satu ketetapan Amerika Syarikat yang mengalu-alukan usulan gencatan senjata, yang diumumkan Presiden Joe Biden. Menurut Amerika, Israel sudah menerima usulan tersebut. Ia menggesa Hamas untuk menerima perancangan tiga peringkat itu.
Daripada 15 anggota, Rusia tidak mengundi, sementara lagi 14 anggota majlis yang lain mengundi menyokong ketetapan tersebut. Amerika sudahpun memuktamadkan teks itu pada Ahad lalu selepas mengadakan rundingan enam hari dengan anggota majlis keselamatan.
Hamas menyambut baik ketetapan UNSC tersebut yang menyokong usulan bagi gencatan senjata di Gaza, sambil mengatakan ia bersedia untuk berkerjasama dengan pengantara dalam melaksanakan prinsip-prinsip perancangan itu. Kumpulan tersebut juga menyatakan ia sanggup mengambil bahagian dalam rundingan tidak langsung bagi melaksanakan prinsip-prinsip tersebut "yang sejajar dengan tuntutan rakyat dan tentangan (mereka)."
Ketetapan tersebut menggesa Israel dan Hamas "melaksanakan terma-termanya secara sepenuhnya tanpa sebarang kelengahan mahupun syarat."
KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN PBB YANG PERTAMA BERHUBUNG GENCATAN SENJATA
Ia merupakan ketetapan Majlis Keselamatan yang pertama berhubung rancangan gencatan senjata, yang bermatlamat untuk mengakhiri perang antara Israel dengan Hamas di Gaza yang sudah berlarutan selama lapan bulan.
Timbalan Duta Besar Amerika Robert Wood memberitahu para wartawan sebelum pengundian tersebut pada Isnin bahawa Amerika Syarikat mahu memastikan semua 15 anggota Majlis Keselamatan turut serta. Encik Wood menyifatkan draf ketetapan itu sebagai "peluang terbaik dan paling realistik untuk membawa sekurang-kurangnya pemberhentian sementara kepada perang ini."
Sementara itu, Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh berkata, pihaknya menyokong sebarang ketetapan yang menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza dan memelihara perpaduan di bumi Palestin.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.