Hamas salahkan Israel gencatan senjata tertangguh; Palestin suram sambut Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AHMAD GHARABLI / AFP
BAITULMAKDIS: Warga Palestin menyambut Ramadan dalam suasana muram dengan peningkatan langkah-langkah keselamatan oleh polis Israel dan dicengkam perang serta kelaparan di Gaza.
Ketua Hamas Ismail Haniyeh menuding jari terhadap Israel atas kegagalan rundingan gencatan senjata di Mesir.
Beliau berkata pada Ahad (10 Mac) bahawa Israel enggan memenuhi syarat Hamas bagi perjanjian yang menyaksikan tebusan yang ditahan Hamas sebagai pertukaran untuk tahanan warga Palestin di Israel.
Beliau menekankan Hamas mahukan gencatan senjata berkekalan, pengunduran tentera Israel dari Gaza, pengembalian warga Gaza ke rumah mereka dan akses bantuan kemanusiaan di kawasan terkepung itu yang berisiko dilanda kebuluran.
Israel menolak persetujuan untuk mengundurkan sepenuhnya tenteranya dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan kempennya bagi menghancurkan Hamas, walaupun selepas sebarang perjanjian gencatan senjata sementara.
Pertempuran dilaporkan berlaku di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Ribuan polis dikerahkan di sekitar jalan-jalan sempit Kota Lama di Baitulmakdis, di mana puluhan ribu jemaah berkumpul setiap hari di Masjid Al-Aqsa.
Video yang dimuatnaikkan ke media sosial, menunjukkan polis menggunakan kayu belantan untuk menahan umat Islam yang mahu ke masjid tersebut.
Kawalan diperketatkan ekoran kebimbangan berlaku keganasan di Baitulmakdis Timur, yang sering menjadi tempat tercetusnya perbalahan.
Ketegangan tahun ini diburukkan lagi oleh perang di Gaza.
Kawasan berkenaan, yang dianggap sebagai tempat paling suci oleh penganut Yahudi yang dikenali sebagai Temple Mount, sudahpun menjadi tempat di mana sering tercetusnya ketegangan sejak sekian lamanya dan bahkan, merupakan salah satu titik permulaan perang terakhir pada 2021 antara Israel dengan kumpulan Hamas.
Konflik yang sudahpun berterusan selama 10 hari itu, dikaburi oleh perang yang masih sedang berlarutan dan masuk bulan keenam.
Kempen ketenteraan Israel di Gaza yang masih berterusan telah menyebabkan kebimbangan yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat dunia. Ini memandangkan risko kebuluran yang semakin meningkat, sekali gus mengancam untuk menambah angka korban yang telah melepasi 31,000.
Penentuan permulaan bulan Ramadan bergantung kepada penampakan anak bulan. Bagi rakyat Palestin, ia bermula pada Isnin (11 Mac), manakala masyarakat Islam di beberapa negara Arab dan Islam lain akan bermula pada Selasa.
Kawasan persekitaran Kota Lama atau Old City kelihatan agak malap kerana perhiasan tidak dipasang bagi menghormati penduduk Gaza yang mati dalam perang di carikan tersebut.
Polis menyatakan mereka berupaya memastikan Ramadan yang damai dengan mengambil tindakan tambahan dengan menempatkan petugas di setiap gerbang bagi mengawal akses.
Para peniaga berharap pihak berkuasa Israel akan membenarkan rakyat Palestin dari Tebing Barat untuk memasuki bandar itu.

Sumber : AGENCIES/AY/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.