Hamas puji pendirian negara Eropah gesa Israel hentikan genosid di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Pejuang Hamas di Gaza pada 22 Februari 2025. (Gambar: AP)
- Hamas menyambut baik pendirian Sepanyol, Norway, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta dan Slovenia yang “menolak sikap berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza dan menyeru supaya serangan dihentikan serta sekatan tidak adil itu dihentikan sepenuhnya.”
- Tentera Israel melancarkan serangan kejam di Gaza sejak 7 Oktober 2023, membunuh lebih 53,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
CARIKAN GAZA: Kumpulan Hamas pada Jumaat (17 Mei) memuji tindakan beberapa negara Eropah yang menggesa agar Israel hentikan genosid terhadap penduduk Palestin di Carikan Gaza.
Hamas menyambut baik pendirian Sepanyol, Norway, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta dan Slovenia yang “menolak sikap berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza dan menyeru supaya serangan dihentikan serta sekatan tidak adil itu dihentikan sepenuhnya.”
Tujuh negara itu sebelum ini menyatakan bahawa ramai rakyat Palestin “berisiko kebuluran dalam beberapa hari dan minggu akan datang jika tindakan segera tidak diambil.”
“Kami tidak akan berdiam diri di hadapan malapetaka kemanusiaan buatan manusia yang berlaku di depan mata kami di Gaza,” menurut Hamas dalam satu kenyataan.
Hamas turut memuji pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang “menyeru supaya gencatan senjata dilaksanakan dengan segera, menamatkan sekatan tidak adil di Gaza dan menolak amalan petempatan terhadap penduduk Palestin.”
Hamas berkata pendirian Presiden Macron “mengukuhkan pendirian beberapa negara dan tokoh Eropah yang turut menolak perang jenayah itu (di Palestin) daripada berterusan.”
“Pendirian yang bermoral dan bertanggungjawab ini mewakili suara hati nurani dalam menangani jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan oleh pendudukan (Israel) terhadap rakyat kami,” kata Hamas.
Tentera Israel melancarkan serangan kejam di Gaza sejak 7 Oktober 2023, membunuh lebih 53,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November 2024 terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung peperangan di wilayah itu.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.