Hamas mula proses pilih ketua biro politik baharu ganti Ismail Haniyeh
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
GAZA: Hamas mengumumkan kepimpinan pertubuhan itu telah memulakan proses untuk memilih Ketua Biro Politik yang baharu berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.
“Berikutan kematian pemimpin kami (Ismail Haniyeh), kepimpinan gerakan telah memulakan proses perundingan yang luas dalam kepimpinan dan institusi penasihatnya untuk memilih ketua baharu bagi gerakan itu,” lapor media antarabangsa yang memetik kenyataan Hamas.
Kenyataan itu turut menyebut, pembunuhan Ismail Haniyeh "hanya akan menjadikan Hamas dan perjuangan Palestin lebih kuat dan bertekad untuk meneruskan usaha dan pendekatannya."
Hamas turut memaklumkan, bahawa ia akan mengumumkan keputusan rundingan sebaik sahaja ia selesai.
Allahyarham dibunuh awal Rabu lalu dalam serangan yang didakwa Iran telah dilakukan oleh tentera Israel.
Pengawal peribadi Encik Haniyeh turut terkorban.
Ketika serangan itu berlaku, Allahyarham berada di Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.