Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hamas enggan hadir mesyuarat kumpulan Palestin berhubung Baitulmakdis

Pergerakan Hamas di Palestin menyatakan hari ini (13 Jan) bahawa ia tidak akan menghadiri mesyuarat bagi para pemimpin Palestin membicarakan tentang respons-respons terhadap pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel oleh Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamas enggan hadir mesyuarat kumpulan Palestin berhubung Baitulmakdis

Pegawai Israel bertembung dengan rakyat Palestin. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 07:23PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 07:26PM

GAZA: Pergerakan Hamas di Palestin menyatakan hari ini (13 Jan) bahawa ia tidak akan menghadiri mesyuarat bagi para pemimpin Palestin membicarakan tentang respons-respons terhadap pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel oleh Amerika Syarikat.

Keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat yang bakal diadakan esok (14 Jan) merupakan satu langkah ke belakang dalam usaha perdamaian antara kumpulan-kumpulan berpengaruh di Palestin, menurut laporan AFP.

"Kami sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai mesyuarat Lembaga Pusat (Palestin) di Ramallah," demikian diumumkan Hamas dalam satu kenyataan.

"Syarat-syarat yang diletakkan ke atas jawatankuasa tersebut tidak akan membolehkannya membuat semakan politik secara menyeluruh dan bertanggungjawab serta akan menghalang keputusan-keputusan yang mencapai hasrat kami."

Mesyuarat dua hari itu dijangka akan mengumpul pemimpin-pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) iaitu wakil penduduk Palestin yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Selain Hamas, kumpulan Jihad Islam yang juga merupakan antara gerakan Islam Palestin yang dijemput hadir ke mesyuarat tersebut walaupun ia bukan anggota PLO. Namun, ia baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyertainya. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan