Hamas dedah nama 3 tebusan bakal dibebaskan pada Sabtu
Hamas pada Jumaat (7 Feb) mengumumkan nama tiga tebusan warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu (8 Feb) sebagai pertukaran dengan tahanan warga Palestin.
(Gambar: AFP/Bashar TALEB)
Ini selepas berlaku kelengahan yang menunjukkan adanya cabaran-cabaran yang boleh menggugat perjanjian yang bertujuan menamatkan perang di Gaza.
Ohad Ben Ami dan Eli Sharabi, kedua-dua diculik dari Kibbutz Be'eri semasa serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023, dan Or Levy, yang diculik pada hari yang sama dari festival muzik Nova, akan diserahkan pada Sabtu, menurut Hamas.
Menurut pejabat media tahanan Hamas, Israel dijangka membebaskan 183 warga Palestin sebagai pertukaran, termasuk 18 orang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, 54 yang menjalani hukuman penjara panjang serta 11 yang ditahan di Carikan Gaza semasa perang itu.
Awal dari itu, Hamas menuduh Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dan menahan pengumuman nama tiga warga Israel berkenaan sehingga melepasi waktu akhir pukul 4.00 petang.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada kelengahan itu akan menjejas pertukaran tahahan dan tebusan yang dijadual dilakukan pada Sabtu.
Hamas juga menuduh Israel melengahkan kemasukan ratusan lori yang membawa makanan dan bekalan kemanusiaan yang telah dipersetujui di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.