Hamas bidas rancangan Trump untuk "ambil alih Gaza"
Kumpulan Palestin, Hamas pada Rabu (5 Feb) secara tegas menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai rancangan untuk "mengambil alih" Gaza selepas menempatkan semula penduduk Palestin ke lokasi lain, lapor Agensi Anadolu (AA).

Rakyat Palestin berjalan melewati kawasan yang musnah dan runtuh di Gaza. (Gambar: AFP)
Anggota biro politik Hamas, Izzat Al-Rishq dalam satu kenyataan berkata kenyataan Presiden Trump mencerminkan "kekeliruan dan kejahilan mendalam terhadap perjuangan Palestin serta rantau ini secara keseluruhan."
"Gaza bukan wilayah biasa yang boleh ditentukan nasibnya oleh mana-mana pihak. Ia adalah sebahagian daripada tanah Palestin yang diduduki," kata Al-Rishq.
Beliau menegaskan bahawa sebarang resolusi mesti berdasarkan kepada penamatan pendudukan serta memenuhi hak sah rakyat Palestin, bukan bersandarkan logik kuasa, dominasi atau pemikiran seorang peniaga hartanah.
Encik Trump sebelum ini membuat kenyataan bahawa AS “akan mengambil alih” Carikan Gaza selepas menempatkan semula rakyat Palestin di tempat lain di bawah pelan pembangunan semula yang didakwanya boleh mengubah enklaf itu menjadi “the Riviera of the Middle East.”
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.