Skip to main content

Dunia

Hamas bebaskan lebih ramai tebusan Israel; 33 kanak-kanak & 6 wanita Palestin bakal dibebaskan

Anggaran Waktu Membaca:
CARIKAN GAZA: Sayap bersenjata Hamas menyatakan pada Sabtu (25 Nov) ia sudah menyerahkan 13 tebusan warga Israel kepada Palang Merah di bawah syarat perjanjian dengan Israel, bersama dengan lagi tujuh warga asing.

Pemindahan itu - yang tertangguh selepas Hamas menuduh Israel melanggar syarat perjanjian, dengan tuduhan tersebut dinafikan oleh para pegawai Israel - berlaku "dalam konteks gencatan senjata sementara", kata Briged Ezzedine Al-Qassam dalam kenyataannya.

"Menyusuli kelengahan itu, halangan untuk membebaskan para tebusan diatasi melalui hubungan Qatar-Mesir dengan kedua-dua pihak, dan 39 orang awam Palestin akan dibebaskan malam ini, manakala 13 tebusan warga Israel akan meninggalkan Gaza bersama dengan 7 warga asing," jurucakap kementerian luar Majed Al Ansari menulis di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Awal sebelum itu, Hamas menyatakan ia menangguhkan pembebasan kumpulan kedua tebusan warga Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin sehingga Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata sementara itu.

Dalam catatan kedua, Encik Ansari berkata rakyat Israel yang akan dibebaskan dari Gaza terdiri daripada lapan kanak-kanak dan lima wanita.

Mereka yang akan dibebaskan dari penjara Israel pula terdiri daripada 33 kanak-kanak dan enam wanita, kata jurucakap itu.

Pada hari pertama gencatan senjata sementara selama empat hari di Gaza, yang diusahakan oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat, 13 tebusan warga Israel dibebaskan oleh Hamas pada Jumaat lalu sebagai pertukaran untuk 39 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel. Hamas juga membebaskan 10 warga Thai dan seorang rakyat Filipina.

Israel seterusnya membebaskan 39 wanita dan kanak-kanak Palestin dari penjaranya di bawah perjanjian yang mensyaratkan pertukaran pada nisbah tiga berbanding satu.

Israel pada Sabtu (25 Nov) berikrar untuk meneruskan perang bagi menghapuskan Hamas apabila gencatan senjata sementara itu berakhir kelak.
Sumber : CNA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita