Hamas bakal pilih pemimpin baharu sejak Sinwar dibunuh Israel: Sumber
Hamas dijangka memilih seorang pemimpin baharu bulan ini, menurut dua sumber dalam kumpulan itu kepada Reuters, bagi mengisi jawatan yang kosong sejak Israel membunuh Encik Yahya Sinwar pada 2024, meskipun terdapat kebimbangan bahawa pengganti itu mungkin menerima nasib yang serupa.
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Hamas dijangka memilih seorang pemimpin baharu bulan ini, menurut dua sumber dalam kumpulan itu kepada Reuters, bagi mengisi jawatan yang kosong sejak Israel membunuh Encik Yahya Sinwar pada 2024, meskipun terdapat kebimbangan bahawa pengganti itu mungkin menerima nasib yang serupa.
Encik Khalil Al-Hayya dan Encik Khaled Meshaal dilihat sebagai calon utama untuk menerajui kumpulan bersenjata Islam itu pada saat yang genting, selepas Hamas dibadai dua tahun peperangan yang tercetus akibat serangannya ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, dan sedang ia berdepan tuntutan antarabangsa supaya melucutkan senjata.
Kedua-dua lelaki itu menetap di Qatar dan merupakan ahli majlis lima anggota yang mentadbir Hamas sejak Israel membunuh Encik Sinwar, dalang serangan 7 Oktober. Pendahulunya, Ismail Haniyeh, dibunuh oleh Israel ketika membuat lawatan ke Iran pada 2024.
Proses pemilihan sudah pun bermula, menurut sumber-sumber itu. Pemimpin baharu dipilih melalui pengundian sulit oleh Majlis Syura Hamas, sebuah badan 50 anggota yang merangkumi para anggota Hamas di Tebing Barat yang diduduki Israel, Carikan Gaza dan mereka yang berada dalam buangan.
Seorang jurucakap Hamas enggan mengulas perkara tersebut.
HAMAS BERDEPAN CABARAN BESAR
Sumber-sumber itu berkata seorang timbalan pemimpin akan turut dipilih bagi menggantikan Encik Saleh Al-Arouri, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan pada 2024.
Sumber yang rapat dengan Hamas menyatakan kumpulan itu bertekad untuk menyelesaikan proses pengundian, walaupun ada yang lebih gemar untuk melanjutkan kepimpinan secara kolektif.
Pemerhati Hamas menganggap Encik Meshaal sebagai sebahagian daripada sayap pragmatik yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara Islam Sunni, manakala Encik Hayya, perunding utama kumpulan itu, dilihat sebagai sebahagian daripada kem yang memperdalam hubungan dengan Iran.
Hamas kini berdepan antara cabaran paling getirnya sejak ia ditubuhkan pada 1987. Walaupun pertempuran di Gaza sebahagian besarnya reda sejak gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat pada Oktober, Israel masih menguasai hampir separuh wilayah pesisir berkenaan, serangan terus berlaku, dan keadaan kekal getir bagi dua juta penduduk Gaza.
Hamas juga menerima kritikan dalam kalangan penduduk Gaza ekoran kesan dahsyat peperangan, dengan sebahagian besar wilayah itu musnah dan lebih 71,000 orang terbunuh, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Kumpulan bersenjata yang dipimpin Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang dan menculik 251 yang lain dalam serangan rentas sempadan ke atas Israel pada 7 Oktober.
Pelan gencatan senjata Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuntut Hamas melucutkan senjata dan memberi bayangan di mana wilayah itu ditadbir oleh sebuah pentadbiran Palestin teknokratik yang diselia badan antarabangsa yang dikenali sebagai Lembaga Keamanan.
MESHAAL DAN HAYYA PERNAH DISASARKAN
Hamas setakat ini enggan melucutkan senjata, dengan menyatakan bahawa soal penentangan bersenjata merupakan suatu perkara untuk perbincangan lebih luas dalam kalangan puak Palestin, dan ia bersedia untuk menyerahkan senjatanya kepada sebuah negara Palestin pada masa depan,satu hasil yang ditolak Israel.
Hamas ditetapkan sebagai pertubuhan pengganas oleh kuasa Barat termasuk Amerika Syarikat.
Dilahirkan di Gaza, Encik Hayya merupakan antara pemimpin Hamas yang menjadi sasaran serangan udara Israel di Qatar pada September.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kemudian menyatakan kekesalan kepada emir Qatar – sekutu Amerika Syarikat – dalam satu panggilan tiga hala bersama Encik Trump dan mengesahkan bahawa Israel tidak akan melakukan serangan sedemikian pada masa hadapan, menurut Rumah Putih ketika itu.
Encik Meshaal sebelum ini mengetuai Hamas selama hampir dua dekad. Ejen Israel cuba membunuhnya di Jordan pada 1997 dengan menyuntik racun ke dalam tubuhnya.
Hubungannya dengan Iran menjadi tegang pada 2012 apabila beliau menjauhkan Hamas daripada sekutu Syria, Tehran, Presiden Bashar al-Assad yang kini digulingkan, pada peringkat awal kebangkitan Arab Spring.
Hamas ditubuhkan sebagai cabang Palestin Ikhwanul Muslimin dan merupakan pencabar utama kepada gerakan nasional Palestin Fatah yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas yang kini berusia 90 tahun.
Piagam penubuhan Hamas menyeru pemusnahan Israel, walaupun para pemimpinnya pada masa tertentu menawarkan gencatan senjata jangka panjang dengan Israel sebagai balasan bagi sebuah negara Palestin yang berdaya maju di seluruh wilayah Palestin yang diduduki Israel dalam perang 1967.
Israel menganggap pendekatan itu sebagai satu helah.
Penganalisis Reham Owda berkata terdapat perbezaan yang terhad antara Encik Hayya dan Encik Meshaal berhubung konflik dengan Israel, namun beliau percaya Encik Meshaal mempunyai peluang yang lebih baik kerana beliau boleh “memasarkan (Hamas) di peringkat antarabangsa dan membantu membina semula keupayaannya”.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.