Haliza Maysuri belanja lebih RM17,000 bagi kucing kesayangan di cawangan Louis Vuitton
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/halizamaysuri)
KUALA LUMPUR: Usahawan Malaysia Haliza Maysuri tidak lokek berhabis wang ringgit bagi menyambut ulang tahun ketujuh kucing kesayangannya, Money.
Cik Haliza menempah busana khas daripada jenama Rizalman Couture untuk Money yang sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga mereka, serta hadiah lain yang menelan belanja RM17,400
(S$5,000).
"Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture macam mama (panggilan Haliza), letup berkilau mewah Swaroskinya," katanya.
Cik Haliza berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan Money menyarung busana berwarna kelabu.
Bukan itu sahaja, Haliza juga berkongsi sekitar majlis ulang tahun Money yang diadakan di sebuah cawangan Louis Vuitton, di Kuala Lumpur, lapor Mstar.
Menerusi video yang dikongsi, majlis tersebut disambut dengan nyanyian serta sebuah kek yang direka khas untuk Money.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu, turut dihadiri suaminya iaitu Mohd Rosli Awang serta anak sulungnya Zuhairi Syazwan dan menantunya Sarah.
Malah, dia juga menempah hadiah khas buat haiwan peliharaannya itu dari Paris.
"Pertama kali dalam sejarah Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi haiwan peliharaan di butik mewahnya.
"Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk pusat beli belah. Sebab Money memang sudah kami anggap anak bongsu kami," kongsi Haliza, seperti dinukil laporan Mstar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang terpukau dengan persiapan dilakukan Haliza bagi menyambut ulang tahun haiwan peliharaannya.
Namun ada juga yang beranggapan Haliza terlalu membazir memandangkan ramai lagi insan memerlukan bantuan.
Warga net turut mengingatkannya bahawa dia sepatutnya berbelanja secara sederhana.
Segelintir daripada mereka menegaskan bahawa Louis Vuitton adalah salah satu jenama di dalam senarai boikot BDS, dan berkata usahawan fesyen itu tidak mengendahkan isu yang sedang berlaku di Timur Tengah.
Beberapa pengguna juga berkata bahawa mereka akan menyekat usahawan itu di media sosial kerana sikapnya yang tidak menghiraukan keadaan rakyat Palestin.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.