Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Halimey pertahan kerusi Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Seri Setia

Calon anak tempatan Encik Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia apabila menewaskan calon PAS Dr Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Anggaran Waktu Membaca:
Halimey pertahan kerusi Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Seri Setia

Encik Halimey Abu Bakar (tengah). (Gambar: Halimey Abu Bakar/Facebook)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 10:48PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 11:07PM

PETALING JAYA: Calon anak tempatan Encik Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia apabila menewaskan calon PAS Dr Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Encik Halimey, 46 tahun, yang merupakan bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperoleh 13,725 undi manakala Dr Halimah, 58 tahun, yang merupakan bekas anggota Jawatankuasa Eksekutif kerajaan negeri Selangor mendapat 9,698 undi.

Encik Halimey bagaimanapun memperoleh majoriti lebih rendah berbanding majoriti undi 19,372 yang dimenangi bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Encik Mohd Azizi Mohd Zain pada jam 9,00 malam di pusat pengiraan rasmi undi di Dewan Sivik MBPJ.

Pilihan raya kecil DUN Seri Setia diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Balakong dan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Encik Shaharuddin, akibat barah usus pada 2 Ogos lepas.

Pada PRU14, Encik Shaharuddin yang mewakili Parti Keadilan Rakyat, memenangi kerusi DUN itu dengan memperoleh 29,250 undi apabila menewaskan calon BN Encik Yusoff HM Haniff (9,878), calon PAS Encik Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas Dr S. Vignes (217).

Encik Mohd Azizi ketika pengumumannya berkata jumlah orang yang keluar mengundi pada hari ini (8 Sep) adalah 44.1 peratus dan jumlah kertas undi yang ditolak adalah 164.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi hari ini (8 Sep) adalah 23,423 orang daripada 53,492 pengundi berdaftar dalam kawasan DUN Sungai Kandis.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan