Skip to main content

Dunia

Hakim tembak diri, cela sistem kehakiman Thailand di Facebook

Seorang hakim di Thailand menembak dirinya di hadapan mahkamah yang sesak dengan orang ramai selepas membebaskan beberapa suspek kes pembunuhan dan membidas sistem kehakiman kerajaan dalam kenyataan yang disiarkan langsung menerusi ‘Facebook Live’.

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim tembak diri, cela sistem kehakiman Thailand di Facebook

Gambar hiasan. (Gambar: Scott Olson/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 05 Oct 2019 11:06PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 12:09AM

BANGKOK: Seorang hakim di Thailand menembak dirinya di hadapan mahkamah yang sesak dengan orang ramai selepas membebaskan beberapa suspek kes pembunuhan dan membidas sistem kehakiman kerajaan dalam kenyataan yang disiarkan langsung menerusi ‘Facebook Live’.

Hakim mahkamah Yala, di selatan Thailand, Kanakorn Pianchana mengumumkan keputusan terhadap lima suspek kes bunuh bersenjata, sebelum kejadian itu petang semalam (4 Okt).

Beliau membebaskan kumpulan itu, menyampaikan permohonan pengadilan bagi sistem pengadilan yang telus, sebelum mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan ke dadanya.

“Anda memerlukan bukti yang jelas dan boleh dipercayai untuk menghukum seseorang. Jika tidak pasti, jangan menghukum mereka,” kata hakim itu ketika bercakap di mahkamah dan menyiarkan kenyataannya itu secara langsung menerusi Facebook Live.

Siaran langsung di Facebook itu kemudian di padamkan, tetapi menurut saksi, Encik Kanakorn bersumpah di hadapan gambar bekas raja Thailand, sebelum menembak dirinya.

“Beliau sedang dirawat oleh doktor dan terselamat daripada bahaya," kata jurucakap Pejabat Kehakiman, Suriyan Hongvilai kepada AFP, pada Sabtu (5 Okt).

"Beliau menembak dirinya kerana ‘tekanan peribadi’ tetapi punca tekanan itu tidak pasti dan akan disiasat.”

Menurut Encik Suriyan, setakat ini tidak ada hakim di Thailand pernah melanggar protokol dengan membuat kenyataan serupa berhubung sistem keadilan yang lebih luas. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita