Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hakim Kanada gantung larangan niqab di Quebec

Seorang hakim mahkamah di Kanada semalam (1 Dis) menggantung sebahagian daripada undang-undang Quebec yang melarang penduduk memakai niqab semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim Kanada gantung larangan niqab di Quebec

Wanita memakai niqab. (Gambar: AHMAD AL-RUBAYE/AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2017 12:11PM Dikemas Kini : 02 Dec 2017 12:17PM

TORONTO: Seorang hakim mahkamah di Kanada semalam (1 Dis) menggantung sebahagian daripada undang-undang Quebec yang melarang penduduk memakai niqab semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Perkembangan itu dilihat sebagai kemenangan bagi kumpulan-kumpulan hak kebebasan awam yang bertegas bahawa undang-undang tersebut bertentangan dengan perlembagaan dan bersifat menindas golongan wanita.

Hakim Babar Barin menggantung sebahagian daripada akta yang melarang daripada menutup muka sehingga kerajaan mengeluarkan garis panduan tentang bagaimana ia dilaksanakan dan sejauh mana pengecualian boleh diberikan kepada golongan itu. Kerajaan di wilayah yang majoriti berbahasa Perancis, Quebec kini berpeluang untuk menjelaskan bagaimana undang-undang itu akan dilaksanakan dengan terperinci.

Undang-undang tersebut yang diluluskan pada Oktober lalu menjejas semua termasuk guru, pelajar, kakitangan hospital, anggota polis, pemandu bas dan pengguna pengangkutan awam.

Walaupun undang-undang berkenaan tidak tertumpu kepada sebarang agama, perbahasan sebelum ini memberi tumpuan kepada niqab yang dipakai sebilangan kecil wanita Muslim.

Hakim “maklum tentang bahaya segera menyusuli undang-undang itu terhadap penduduk dan impaknya lebih besar berbanding sebarang tujuan undang-undang berdasarkan theori,” peguam, Catherine McKenzie yang mewakili mereka yang membantah undang-undang itu, memberitahu Reuters.

Kerajaan Quebec mempertahankan undang-undang itu di mahkamah dengan menyatakan bahawa ia bukan diskriminasi terhadap wanita Muslim dan perlu dilaksanakan atas sebab keselamatan, berkomunikasi dan mengenal pasti individu. Akta tersebut tidak berpihak kepada mana-mana agama”.

Majlis Kebangsaan bagi Muslim Kanada mengalu-alukan keputusan terbaru itu sebagai “satu langkah kejayaan pertama,” kata pengarah eksekutif Ihsaan Gardee.

Mereka yang membantah undang-undang itu berkata amat jelas sekali ia disasarkan kepada golongan minoriti yang menjadi mangsa ugutan dan keganasan. Menurut Perangkaan Kanada tahun 2011, Quebec mempunyai 243,000 penduduk Muslim dalam wilayah yang mempunyai lapan juta penduduk.

Pada Januari lalu, seorang lelaki bersenjata memasuki sebuah masjid di Bandar Quebec dan menembak mati enam orang di dalamnya.

Perancis, Belgium, Belanda, Bulgaria dan Bavaria di Jerman sudah melaksanakan larangan memakai niqab di kawasan awam. Denmark juga merancang untuk melaksanakan larangan serupa.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan