Hakim gugurkan tuduhan terhadap mantan Pengarah FBI, Peguam Negara New York
Anggaran Waktu Membaca:
- Seorang Hakim Persekutuan Amerika Syarikat pada Isnin (24 Nov) menolak tuduhan jenayah yang dikemukakan terhadap mantan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) James Comey dan Peguam Negara New York Letitia James selepas mendapati pendakwa yang membawa kes itu dilantik secara tidak sah.
- Hakim Daerah Cameron McGown Currie memutuskan bahawa Lindsey Halligan – bekas peguam peribadi Encik Trump yang dilantik sebagai Peguam Negara Sementara bagi Daerah Timur Virginia pada September – “tidak mempunyai kuasa sah” untuk mengemukakan tuduhan.
- Encik Comey tidak mengaku bersalah atas tuduhan membuat kenyataan palsu dan menghalang siasatan Kongres, manakala Cik James berdepan tuduhan menipu bank dan memberikan maklumat palsu kepada institusi kewangan.
- Kedua-dua Encik Comey dan Cik James turut mendakwa pendakwaan ini bersifat “dendam politik” yang didorong oleh permusuhan Encik Trump terhadap mereka berdua.
WASHINGTON: Seorang Hakim Persekutuan Amerika Syarikat pada Isnin (24 Nov) menolak tuduhan jenayah yang dikemukakan terhadap mantan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) James Comey dan Peguam Negara New York Letitia James selepas mendapati pendakwa yang membawa kes itu dilantik secara tidak sah.
Keputusan itu menjadi satu tamparan hebat terhadap usaha Jabatan Kehakiman untuk mendakwa sebilangan individu yang dituduh melakukan salah laku oleh Presiden Donald Trump, termasuk mereka yang pernah menyiasat atau mengkritik beliau secara terbuka.
Hakim Daerah Cameron McGown Currie memutuskan bahawa Lindsey Halligan – bekas peguam peribadi Encik Trump yang dilantik sebagai Peguam Negara Sementara bagi Daerah Timur Virginia pada September – “tidak mempunyai kuasa sah” untuk mengemukakan tuduhan.
Hakim Currie menggugurkan kes berkenaan tanpa prejudis, membolehkan Jabatan Kehakiman memfailkan semula tuduhan di bawah pendakwa yang dilantik secara sah.
Cik Halligan yang tiada pengalaman sebagai pendakwa telah dilantik selepas Encik Trump mengarahkan Peguam Negara Pam Bondi menggantikan pendahulunya, Erik Siebert yang enggan mengusulkan kes terhadap Encik Comey dan Cik James kerana kekurangan bukti.
Tidak lama selepas memegang jawatan itu, Cik Halligan berjaya mengusulkan tuduhan terhadap kedua-dua tokoh itu walaupun pendakwa berpengalaman enggan terlibat sama.
Encik Comey tidak mengaku bersalah atas tuduhan membuat kenyataan palsu dan menghalang siasatan Kongres, manakala Cik James berdepan tuduhan menipu bank dan memberikan maklumat palsu kepada institusi kewangan.
Peguam kedua-dua pihak berhujah bahawa pelantikan Cik Halligan melanggar undang-undang persekutuan yang mengehadkan tempoh pelantikan sementara kepada 120 hari.
Mereka mendakwa, pelantikan berulang membolehkan eksekutif mengelak proses pengesahan Senat tanpa had.
Jabatan Kehakiman pula berhujah undang-undang membenarkan pelantikan sementara berulang.
Cik Bondi kemudian cuba mengukuhkan kes dengan melantik Cik Halligan sebagai peguam khas dan mendakwa beliau telah mengesahkan tuduhan tersebut.
Semasa perbicaraan pada 13 November, Hakim Currie berulang kali mempersoalkan mengapa Jabatan Kehakiman mengambil langkah tambahan itu jika yakin bahawa pelantikan Cik Halligan adalah sah.
Kedua-dua Encik Comey dan Cik James turut mendakwa pendakwaan ini bersifat “dendam politik” yang didorong oleh permusuhan Encik Trump terhadap mereka berdua.

Sumber : Reuters/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.