Hakim Amerika sekat langkah pentadbiran Trump larang pelajar asing di Harvard
Pemandangan di kampus Sekolah Perniagaan Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, Amerika pada 15 Apr 2025. (Gambar: Reuters/Faith Ninivaggi)
Ini sedang ia membantah pelbagai sekatan yang dikenakan pentadbiran negara di tengah-tengah pergelutan yang semakin memuncak dengan Rumah Putih.
Perintah daripada Hakim Daerah Amerika Allison Burroughs di Boston mengekalkan hak Harvard untuk menjadi tuan rumah kepada pelajar asing sedang kes tersebut terus dibicarakan.
Harvard menyaman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada Mei selepas agensi itu menarik balik pentauliahan universiti berkenaan untuk menjadi tuan rumah kepada mahasiswa asing dan mengeluarkan kertas kerja bagi permohonan visa mereka.
Tindakan itu akan memaksa kira-kira 7,000 mahasiswa asing Harvard, atau sekitar satu perempat daripada jumlah keseluruhan pendaftarannya, untuk berpindah ke institusi lain atau berisiko berada di Amerika Syarikat secara haram.
Mahasiswa asing yang baharu sepatutnya dihalang daripada datang ke Harvard.
Universiti itu menyifatkan keputusan tersebut sebagai tindak balas yang tidak berasaskan undang-undang.
Ia membantah gesaan Rumah Putih untuk merombak dasar berhubung tunjuk perasaan dalam kampus, kemasukan, pengambilan kakitangan dan isu-isu lain.
Cik Burroughs menggantung sementara perintah itu beberapa jam selepas Harvard memfailkan saman.
Kurang dua minggu kemudian, pada awal Jun, Presiden Donald Trump bertindak untuk menghalang pelajar asing daripada memasuki Amerika Syarikat untuk menuntut di Harvard, sambil menukil undang-undang yang berbeza.
Harvard mencabar keputusan itu, dan ia turut disekat sementara oleh Cik Burroughs.
Perubahan undang-undang menimbulkan keresahan terhadap para mahasiswa sedia ada dan menyebabkan ramai orang di seluruh dunia menunggu keputusan sama ada mereka akan dapat menuntut di universiti tertua dan terkaya di Amerika itu.
Tindakan pentadbiran Encik Trump mewujudkan perasaan "takut, bimbang, dan keliru yang teramat sekali," menurut universiti itu semasa memfailkan tuntutan mahkamah.
Ramai pelajar antarabangsa turut bertanya tentang perpindahan, menurut pengarah perkhidmatan imigresen Harvard, Maureen Martin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.