Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hak ahli UMNO dirompak usul 'tidak sah' bagi lindungi Presiden, Timbalan, tegas Khairy Jamaluddin

Anggaran Waktu Membaca:
Hak ahli UMNO dirompak usul 'tidak sah' bagi lindungi Presiden, Timbalan, tegas Khairy Jamaluddin

Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. (Gambar fail: Bernama)

KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada Selasa (7 Mac) mengecam Presiden dan Timbalan Presiden UMNO susulan 'pengecualian' yang diberikan kerajaan terhadap parti itu berhubung pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Dalam sebuah klip video, Encik Khairy berkata keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 menunjukkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sememangnya memutuskan bahawa keputusan UMNO untuk tidak mempertandingkan pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden adalah tidak sah.

Beliau berkata bahawa surat yang dikatakan daripada ROS kepada UMNO bertarikh 2 Mac itu membuktikan lagi dakwaan berkenaan.

Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Januari lepas meluluskan usul untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti daripada dipertandingkan.

Setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan kemudiannya berhujah bahawa ia tidak menyalahi undang-undang kerana sudah ada duluan.

Encik Khairy, yang dipecat daripada UMNO pada 28 Januari, berhujah bahawa Fasal 9.3 Perlembagaan Umno dengan jelas menyatakan bahawa semua jawatan parti perlu tertakluk kepada pemilihan dan ini dibuktikan dengan surat yang dikatakan daripada ROS.

“Hak anda untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden telah dirompak oleh usul tak sah ini yang difailkan oleh perwakilan daripada bahagian (Timbalan Presiden) Mohamad Hasan.

“Dah lah malu buat usul untuk melindungi ketua sendiri, siap boleh langgar perlembagaan parti sendiri," kata Encik Khairy, dalam klip video selama tujuh minit itu, lapor agensi berita Malaysiakini.

Encik Khairy menyifatkan Encik Mohamad dan Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sebagai "kasta yang tidak boleh disentuh".

Encik Khairy berkata terdapat hujah yang memihak kepada langkah Encik Saifuddin untuk menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan kerana ia akan menghalang parti itu daripada dibatalkan pendaftarannya.

Encik Khairy berkata hujah itu tidak boleh diguna pakai kerana surat yang dikatakan daripada ROS tidak menyatakan pembatalan pendaftaran dan sebaliknya meminta Umno melakukan "langkah pembetulan".

“(Pimpinan) tidak mahu melakukan langkah pembetulan sebaliknya bergantung harap ehsan dari menteri dari PKR untuk halalkan tindakan yang tidak sah.

"Malu betul! Presiden dan timbalan tak dapat mandat daripada ahli tetap kekal berkuasa kerana ehsan daripada Menteri PKR. Adakah ini rupa Umno ketika ini?" soal Encik Khairy, dipetik daripada Malaysiakini.

Mengenai dakwaan bahawa keputusan Encik Saifuddin akan memastikan kestabilan politik, Encik Khairy berkata hujah itu tidak sah kerana pengkritik Encik Zahid dalam UMNO juga berikrar menyokong Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

"Sayangnya, komitmen kita tidak sempat untuk diuji. Usul tidak sah untuk melindungi Timbalan Perdana Menteri kesayangan anda dihalalkan juga.

"Maruah dan hak ahli Umno dibelakangkan. Sekarang, perlembagaan Umno pun tidak laku. Boleh menjadi bahan permainan demi serakah kuasa," katanya, lapor agensi berita Malaysiakini.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan