Haji tahun depan terakhir pada musim panas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Fadel Senna)
MINA: Musim haji tahun depan adalah yang terakhir yang dilakukan pada musim panas.
Demikian menurut Hussein Al-Qahtani, seorang jurucakap bagi Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NMC).
"Musim haji akan memasuki fasa iklim berbeza pada tahun 2026. Kita tidak akan menyaksikan haji pada musim panas sehingga selepas 17 tahun," katanya.
Encik Al-Qahtani berkata 2026 akan menandakan permulaan haji pada musim bunga buat lapan tahun berturut-turut, diikuti dengan musim sejuk selama lapan tahun, lapor Saudi Gazette.
"Kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada haji yang dilakukan pada musim panas untuk 16 tahun," katanya sambil menarik perhatian bahawa suhu purata pada haji tahun ini adalah antara 45 dan 47 darjah Celsius.
Dr. Mansour Al Mazroui, anggota dalam Majlis Shura, yang juga penyelidik perubahan iklim, mengesahkan bahawa musim haji pada tahun depan bertepatan dengan musim panas, dan kemudian akan berubah kepada musim bunga selama lapan tahun, dan kemudian musim sejuk.
"Musim haji pada musim sejuk akan bermula pada 1454 tahun Hijrah dan akan berlangsung selama lapan tahun, dan berakhir pada 1461H. Bagi musim gugur, musim haji akan berlangsung daripada 1462H sehingga 1469H."
"Oleh itu, kesemua empat musim akan berlaku dalam tempoh 33 tahun mengikut kalendar Hijriah, dan akan memulakan musim haji baharu dengan musim panas pada 147 Hijriah, yang akan berlangsung selama sembilan tahun."

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.