Haji 1446H tahun terakhir pada musim panas sehingga 2050-an
Anggaran Waktu Membaca:

Suasana di Tanah Suci, Makkah, sempena musim Haji. (Gambar: The Guardian)
MINA: Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) Hussein Al-Qahtani memaklumkan bahawa musim haji tahun ini, 1446 Hijrah menandakan berakhirnya musim haji yang berlangsung pada bulan-bulan musim panas.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Al-Qahtani menyatakan bahawa lapan musim haji berikutnya akan berlangsung pada musim bunga, diikuti lapan lagi pada musim sejuk, kemudian musim luruh dengan suhu yang semakin meningkat secara beransur-ansur, sebelum kembali kepada musim panas dalam tempoh kira-kira 25 tahun.
Jurucakap NCM itu menjelaskan peralihan itu berlaku disebabkan oleh kitaran kalendar Hijrah, yang menawarkan peluang kepada jemaah untuk menunaikan ibadah haji dalam cuaca yang lebih sederhana pada tahun-tahun mendatang.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.