Skip to main content

Dunia

AS hadapi kekurangan bekalan vaksin COVID-19

Amerika Syarikat sedang menghadapi kekurangan bekalan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
AS hadapi kekurangan bekalan vaksin COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Jan 2021 06:48PM Dikemas Kini : 17 Jan 2021 06:51PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang menghadapi kekurangan bekalan vaksin COVID-19.

Jutaan orang masih menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin pertama mereka di tengah-tengah permintaan yang meningkat dari golongan yang ingin mendapatkan dos kedua mereka.

Permintaan yang semakin meningkat memaksa beberapa penyedia penjagaan kesihatan untuk menangguhkan atau membatalkan temu janji untuk mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin pertama mereka.

Ini merupakan tamparan bagi sasaran vaksinasi bakal presiden Amerika Joe Biden.

Encik Biden mahu 100 juta rakyat Amerika diberi suntikan itu dalam masa 100 hari pertama beliau menjadi Presiden Amerika mulai 20 Januari.

Sejauh ini, Amerika hanya meluluskan dua jenis vaksin iaitu dari Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Kedua-duanya memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu selepas suntikan pertama untuk keberkesanan maksimum.

Kakitangan penjagaan kesihatan adalah golongan pertama mendapat vaksin.

Namun, ia kini diluaskan kepada warga senja yang sihat atau mereka yang mempunyai masalah berkaitan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita