Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Had masa 60 minit sehari ditetapkan bagi pengguna TikTok bawah 18 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Had masa 60 minit sehari ditetapkan bagi pengguna TikTok bawah 18 tahun

(Gambar hiasan: Denis Charlet/AFP)

MOSKO: Aplikasi perkongsian video TikTok akan memperkenal had masa skrin untuk pengguna bawah umur 18 tahun.

Ia bertujuan membantu remaja mengurus masa mereka di platform itu secara lebih cekap.

"Dalam minggu-minggu akan datang, setiap akaun milik pengguna di bawah umur 18 tahun akan ditetapkan secara automatik kepada had masa skrin selama 60 minit sehari," menurut syarikat aplikasi itu dalam satu kenyataan, lapor Sputnik, seperti dipetik Astro Awani.

Apabila pengguna mencapai had yang ditetapkan, mereka akan diminta memasukkan kod laluan untuk terus menonton video di platform itu jika mahu melanjutkan masa tontonan.

Jika had 60 minit terlalu singkat, mereka boleh menetapkan sendiri tambahan masa melebihi 100 minit setiap hari.

Pengguna kurang daripada 13 tahun juga akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dan ibu bapa atau penjaga mereka perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan yang membolehkan mereka menambah masa sebanyak 30 minit lagi.

TikTok, yang dilancarkan oleh syarikat China ByteDance pada 2018, menjadi peneraju dalam segmen aplikasi video pendek dan kini merupakan antara platform media sosial paling popular di seluruh dunia.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan