Guterres dan Erdogen prihatin keadaan loji nuklear Zaporizhzhia
Anggaran Waktu Membaca:
Loji nuklear Zaporizhzhia di seberang sungai Dnipro (Gambar: Bulent Kilic/AFP)
KYIV: Konflik di Ukraine akan genap setengah tahun minggu depan tetapi belum menunjukkan tanda-tanda bakal segera berakhir.
Malah, tentera Rusia dipercayai akan melancarkan lagi serangan besar-besaran minggu depan semasa ulang tahun Hari Kemerdekaan Ukraine.
Masyarakat antarabangsa juga semakin bimbang kemungkinan tercetus bencana berpunca dari loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia.
Setiausaha Agung PBB Antonio Gutteres yang mengunjungi Ukraine menyuarakan rasa amat prihatin tentang keadaan di loji Zaporizhzhia selepas ia diserang baru-baru ini.

BACA:
Presiden Turki Recep Erdogan yang turut berada di Ukraine pula berkata, dunia tidak mahu melihat terjadinya satu lagi bencana nuklear seperti Chernobyl.
Perkembangan di loji Zaporizhzhia menjadi tumpuan utama perbincangan antara mereka dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di bandar Lviv itu pada Khamis (18 Ogos).
"Peralatan tentera dan askar perlu diundurkan dari kawasan loji tersebut. Langkah menghantar askar atau peralatan tambahan ke sana mesti dielakkan. Kawasan itu perlu dijadikan zon bebas tentera. Kita mesti menyatakan yang sebenarnya - sebarang kerosakan di loji Zaporizhzhia adalah perbuatan membunuh diri," jelas Encik Guterres.
Jumlah reaktor nuklear di loji Zaporizhzhia adalah enam kali ganda lebih banyak berbanding di loji Chernobyl dahulu.
Sejak beberapa minggu lalu, beberapa ledakan berlaku berhampiran Zaporizhzhia, merosakkan kabel bekalan elektriknya.
Ukraine bersetuju dengan syarat-syarat Agensi Daya Tenaga Atom Antarabangsa untuk memeriksa loji itu.
Sebaliknya, Mosko telah menolak gesaan agar kawasan loji itu dijadikan zon bebas tentera.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.