Skip to main content

Dunia

Guru termakan umpan 'ejen pelancongan' akhirnya gigit jari

Hasrat seorang guru untuk membawa tiga anaknya bercuti ke kepulauan Maldives tidak kesampaian

Anggaran Waktu Membaca:
Guru termakan umpan 'ejen pelancongan' akhirnya gigit jari

(Gambar hiasan: ROBERTO SCHMIDT/AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 11:14PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 11:16PM

BUTTERWORTH: Hasrat seorang guru untuk membawa tiga anaknya bercuti ke kepulauan Maldives tidak kesampaian apabila beliau ditipu seorang ejen pelancongan, menyebabkan beliau mengalami kerugian sehingga RM7,000 (S$2,323.44).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor pada Khamis (4 Apr) berkata wanita berusia 47 tahun itu sepatutnya berada di destinasi pelancongan tersebut dari 24 sehingga 29 Mac lalu. Bagaimanapun apa yang diharapkan tidak berlaku. Ejen yang dikenali sebagai Hajah Siti Aida pula melarikan diri dan gagal dihubungi.

"Wanita yang tinggal di Sungai Dua itu menempah pakej ke Maldives apabila menerima mesej daripada ejen ‘Jom Cuti Helo’ melalui laman sosial Facebook di mana ia menawarkan pakej percutian dalam dan luar negara dengan harga murah," kata Cik Noorzainy.

Beliau berkata guru wanita yang berminat dengan tawaran itu kemudian membuat bayaran melalui akaun bank secara ansuran sehingga 29 Oktober tahun lalu sebelum ejen itu melesapkan diri dan tidak dapat dihubungi sehingga ke hari ini.

“Polis percaya modus operandi suspek adalah dengan memperdayakan mangsanya supaya membuat pembayaran bagi tempahan awal untuk mendapatkan pakej pelancongan dan tiket penerbangan murah,” kata Cik Noorzainy lagi sambil menambah kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita