Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru tadika dakwa rugi RM69,030 diperdaya beli kucing 'scottish' menerusi Facebook

Seorang guru tadika mendakwa kerugian RM69,030 (S$22,399) gara-gara ingin membeli seekor kucing berharga RM900 (S$292)menerusi media sosial, Sabtu lepas (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Guru tadika dakwa rugi RM69,030 diperdaya beli kucing 'scottish' menerusi Facebook

(Gambar: Unsplash/Cagdas Demir)

SEREMBAN: Seorang guru tadika mendakwa kerugian RM69,030 (S$22,399) gara-gara ingin membeli seekor kucing berharga RM900 (S$292)menerusi media sosial, Sabtu lepas (23 Okt).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 25 tahun itu berminat untuk membeli kucing jenis 'scottish' dari Indonesia yang diiklankan menerusi Facebook pada 23 Okt lepas.

"Kemudian wanita berkenaan berbincang menerusi telefon dengan persetujuan harga sebanyak RM900 (S$292). Mangsa hanya perlu membayar separuh harga dan selebihnya akan dibayar setelah mendapat kucing tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini (27 Okt).

Supt Aibee berkata pada hari sama, wanita itu membayar wang pendahuluan sebanyak RM450 (S$146)ke dalam akaun atas nama Tansiaupenga Siagian melalui pemindahan wang dan kemudian dimaklumkan bahawa kucing tersebut telah 'dipos' kepada mangsa.

Menurut beliau wanita berkenaan telah diminta membuat beberapa bayaran sebagai prosedur sepanjang proses pengeposan kucing tersebut.

Justeru, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke dua akaun berbeza berjumlah RM69,030 (S$22,399) sejak 23 hingga 24 Okt lepas," katanya.

Supt Aibee berkata mangsa membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu selain bimbang dokumen seperti gambar kad pengenalan dan alamat rumah disalahgunakan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan