Guru sekolah kampung sanggup bina lorong boling demi asah bakat anak murid
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA NERANG: Seorang ustaz sanggup mengeluarkan belanja sendiri dan tampil dengan idea kreatif membina tempat bermain boling buatan sendiri (DIY) di Sekolah Kebangsaan (SK) Nami, Gulau Sik, Kuala Nerang, Terengganu, bagi memudahkan pelajarnya mengasah bakat dalam sukan itu.
Wan Roslan Wan Ishak yang mesra disapa Ustaz Wan, 48 tahun, berkata, beliau mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya agar dapat menonjol dalam acara tersebut.
"Pada 2015 saya bawa murid ke Alor Setar untuk berlatih main boling... Jarak jauh (hampir 60 kilometer sehala), kesian murid-murid dan saya pun penat sebab lepas hantar mereka balik, dah malam baru sampai ke rumah. Tapi saya minat sangat boling dan saya sendiri mewakili negeri dalam Kejohanan Sukan Dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan.
"Sebab itu saya ingin anak murid saya juga berjaya dalam acara boling sebab itu saya sanggup bersusah payah hinggalah timbul idea untuk buat satu lorong boling di sekolah ini pada 2021," katanya kepada Bernama ketika ditemui di SK Nami pada Ahad (28 Apr).
Guru Pendidikan Islam itu berkata sangat mencabar untuk melatih anak-anak di luar bandar bermain boling kerana tiada kemudahan terdekat untuk mereka berlatih, dan sebab itulah beliau sanggup mengeluarkan modal membina lorong boling yang diperbuat daripada papan lapis bersaiz tebal, paip PVC dan simen.
Lebih menarik lagi, selain bola, platform dan pin, terdapat juga satu rel yang digunakan untuk menghantar semula bola kepada pemain selepas melontarkannya seakan tempat bermain boling yang sebenar.
Menurut Ustaz Wan, beliau mendapat sokongan padu daripada guru-guru lain di sekolah tersebut yang memberi semangat untuknya membina tempat main boling walaupun dalam serba kekurangan, demi membuktikan bahawa pelajar 'sekolah kampung' juga boleh berjaya dalam apa juga bidang sukan.
"Bola dan pin boling pula ada yang saya beli dan ada yang diberikan oleh pusat boling, yang mereka sudah tidak pakai, mereka berikan pada saya," katanya.
Menurut Ustaz Wan, pada 2023, beliau menambah satu lagi lorong boling memandangkan ia mendapat sambutan hangat bukan sahaja untuk kegunaan latihan atlit boling di sekolahnya, malah pelajar lain turut teruja dan ingin mencuba permainan tersebut.
Usaha Ustaz Wan nyata tidak sia-sia apabila anak didiknya sering berjaya dalam kejohanan disertai termasuk sehingga ke peringkat daerah.
"Tahun lepas kita dapat juara peringkat daerah kategori lelaki dan perempuan dan kami berharap untuk dapat pergi lebih jauh selepas ini," katanya.
Sementara itu Guru Besar SK Nami Azizah Nik Ishak berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh kepada guru-guru yang ada inisiatif sendiri demi memajukan murid dalam apa juga bidang sama ada akademik atau sukan.
"Sekolah kami ini sekolah kampung, pelajar ada 187 orang sahaja dan kemudahan pun terhad. Ada murid yang tidak pernah tahu pun apa itu boling dan bila ada usaha macam Ustaz Wan buat ini, saya amat menyokong kerana ia memberi pendedahan yang baik kepada murid-murid", katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.