Guru ngaji ditangkap, curi hiasan emas kubah masjid di Indonesia bernilai 3 bilion rupiah
Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Polis Indonesia berjaya menangkap pelaku kecurian sebuah hiasan kubah masjid yang diperbuat daripada emas di Masjid Al-Huda, Buru, Maluku.
Hiasan kalimah ‘Allah’ itu diperbuat daripada emas seberat 2.6 kilogram dan bernilai 3 bilion rupiah (S$258,076).
Pelakunya terbukti guru mengaji masjid tersebut, lapor ketua polis Sulastri Sukijang kepada detikcom, pada Isnin (11 Mac).
Sejurus hiasan tersebut hilang, penduduk menemui tangga kayu yang ditinggalkan di tepi sungai berdekatan masjid tersebut.
“Penduduk menemui tangga tersebut tidak lama selepas mendapat tahu bahawa hiasan kubah diperbuat daripada emas dilarikan pencuri.
“Namun, tiada pihak yang tampil mengaku pemilik tangga tersebut,” kata pemimpin tempatan, Fandi Ashari Wael.
Tambah Encik Fandi, tangga itu dilihat seperti baru ditinggalkan, menyebabkan mereka percaya ia digunakan oleh pencuri untuk memanjat kubah masjid.
“Tangga itu amat panjang dan kelihatan baharu.
“Pencuri itu seperti seorang yang profesional. Dia mencuri secara senyap dan tiada sesiapa yang tahu sedangkan kedudukan masjid dekat dengan tempat tinggal penduduk,” ujarnya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.