Skip to main content

Dunia

Guru mengaji dipenjara kerana cabul anak murid

Seorang guru mengaji dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan didenda RM6,000 (S$2,000) oleh Mahkamah Majistret semalam (21 Jun) selepas didapati bersalah mencabul anak murid perempuannya berusia lima tahun pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru mengaji dipenjara kerana cabul anak murid

Gambar hiasan seseorang yang sedang mengaji. (Gambar: RIZWAN TABASSUM / AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2018 08:22AM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 08:24AM

KUALA LUMPUR: Seorang guru mengaji dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan didenda RM6,000 (S$2,000) oleh Mahkamah Majistret semalam (21 Jun) selepas didapati bersalah mencabul anak murid perempuannya berusia lima tahun pada tahun lalu.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Redzuan Zakarian, 33 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada seorang anak berusia tiga tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Zulhazmi Sharif yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM4,000 (S$1,350) kepada RM8,000 (S$2,700) dengan seorang penjamin.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di ruang tamu rumah tertuduh di Sungai Besi antara jam 8.00 malam dengan 9.00 malam pada 9 Februari 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau didenda atau rotan atau gabungan dua hukuman yang ditetapkan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita