Guru lelaki direman 7 hari cabul murid 10 tahun
Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa ibu mangsa sudah membuat aduan polis pada Jun lalu berhubung kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya.
Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di Ampang di Kuala Lumpur, Mei lalu.
Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Ampang Roslan Md Nor selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 53 tahun tersebut mengikut Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan disebat, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu ditahan reman bermula hari ini (19 Jul) sehingga 25 Julai.
Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa ibu mangsa sudah membuat aduan polis pada Jun lalu berhubung kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya.
Kejadian itu juga tular menerusi media sosial Facebook yang antara lain menyatakan mangsa yang berusia 10 tahun dikatakan diajak oleh guru tersebut ke dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan dengan alasan membantu merekodkan markah.
Namun ketika di dalam bilik itu, guru tersebut dikatakan menarik tangan mangsa secara kasar serta memaksanya duduk di atas pahanya dan difahamkan pada ketika itu terdapat tiga murid lain di dalam bilik berkenaan yang turut menyaksikan insiden tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.