Guru, ibu bapa di Malaysia digesa pantau murid dek cuaca panas fenomena El Nino
Anggaran Waktu Membaca:
SUNGAI PETANI: Guru dan ibu bapa dinasihatkan supaya memantau keadaan anak mereka semasa Malaysia dilanda cuaca panas akibat fenomena El Nino sekarang ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya akan memantau perkembangan tersebut pada baki beberapa hari persekolahan dan sesi persekolahan masih diteruskan seperti biasa.
Menurutnya, pihak kementerian akan memberi peringatan dan nasihat mengikut keadaan semasa di peringkat sekolah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Saya mohon ibu bapa dan guru dalam masa empat hari berbaki dan seterusnya apabila cuti sekolah ini mesti pantau lah keadaan anak.
"Jangan lupa minum air, pantau kesihatan anak, Insya-Allah tak ada apa-apa, sikit lagi," katanya semasa sidang media pada Ahad (4 Feb), lapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kedah di Kolej Vokasional Sungai Petani 2.
Pada Sabtu, METMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah iaitu Pokok Sena, Pendang dan Baling, lapor Sinar Harian.
Menurutnya lagi, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.