Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru hidap barah tekad tamatkan PhD demi pelajar

Anggaran Waktu Membaca:
SERDANG: Demi menjadi inspirasi kepada pelajarnya, seorang guru dari Beaufort, Sabah tekad menyelesaikan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) walaupun sedang bertarung dengan barah limfoma tahap empat.

Dr Syahrin Awang Besar, 50 tahun, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort berkata beliau hampir berputus asa dan hilang semangat apabila disahkan menghidap penyakit itu Januari lalu.

Katanya, saat tersebut beliau umpama dijatuhi hukuman mati sehingga beliau melupakan seketika pengajiannya dalam bidang bahasa Melayu itu yang sudahpun pada peringkat akhir.

"Ketika itu, saya sudah selesai pembentangan viva dan tesis saya memerlukan sedikit pembetulan, namun saat menerima perkhabaran saya disahkan sebagai pesakit barah, semuanya seolah-olah terhenti dan ketika itu saya langsung tidak menyentuh tesis saya.

"Namun apabila mengenangkan pelajar saya, saya tahu saya kena jadi suri teladan kepada mereka bahawa walau apa jua keadaan kita, kesihatan mahupun ekonomi, pelajaran perlu diutamakan," katanya kepada Bernama selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) di Serdang pada Rabu (30 Nov).

Cik Syahrin, yang sudah 28 tahun berkhidmat di sekolah itu, berharap usaha tersebut menjadi motivasi kepada para pelajarnya yang ada dalam kalangan mereka terpaksa memonteng sekolah kerana mencari pendapatan sampingan untuk keluarga dengan kerja seperti mengait kelapa sawit atau menjadi nelayan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan