Skip to main content

Dunia

Guru dispilin cabul pelajar dipenjara 10 tahun, disebat 18 kali

Seorang guru disiplin dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan 18 sebatan kerana mencabul kehormatan para pelajarnya. Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Klang, M Kunasundary.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru dispilin cabul pelajar dipenjara 10 tahun, disebat 18 kali

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 09:48AM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 09:50AM

KLANG: Seorang guru disiplin dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan 18 sebatan kerana mencabul kehormatan para pelajarnya. Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Klang, M Kunasundary.

Menurut laporan Sinar Harian, Fadzil Sulaiman, 55 tahun, semalam (13 Nov) mengaku memegang dan meraba kemaluan pelajarnya.

Berdasarkan tuduhan pertama hingga kesembilan, Fadzil mengaku mencabul kehormatan enam pelajar lelaki berusia 12 tahun di dalam makmal sekolah antara Januari hingga September tahun lalu.

Dalam rayuannya, Fadzil memohon agar hukuman yang dijatuhi ke atasnya dikurangkan atas alasan bahawa dia sudahpun insaf dan mempunyai isteri serta lima orang anak yang perlu ditanggung.

Fadzil yang akan bersara tidak lama lagi juga bakal hilang kelayakan menerima wang pencen, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan fakta kes, Fadzil memanggil mangsa supaya masuk ke dalam makmal dan melakukan perbuatan itu semasa waktu sekolah. Menurut laporan Sinar Harian, dia juga mengaku melakukan perbuatan tersebut sewaktu program kursus pengakap.

Kesemua mangsa mengadu kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita