Guru diburu, cabul pelajar sambil janjikan jawatan pengawas
Seorang guru bahasa Inggeris diburu polis kerana disyaki mencabul seorang pelajar lelaki sekolah menengah di kawasan Kulai, Johor.
KULAI: Seorang guru bahasa Inggeris diburu polis kerana disyaki mencabul seorang pelajar lelaki sekolah menengah di kawasan Kulai, Johor.
Astro Awani melaporkan, perbuatan terkutuk guru berkenaan dilakukan sebanyak dua kali ke atas mangsa yang berusia 15 tahun.
Pada 11 April lalu, mangsa diarahkan guru berkenaan menanggalkan pakaian sebelum bertindak mencium bibir mangsa di sebuah bilik di sekolah berkenaan dengan alasan perbuatan itu melayakkannya menjadi pengawas.
Perbuatan keji itu sekali lagi diulang 11 hari kemudian, namun lokasinya di sebuah bilik di rumah guru lelaki berkenaan.
Menurut Astro Awani, mangsa tidak berani mendedahkan perbuatan salah guru berkenaan.
Bagaimanapun, ketika suspek mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan, mangsa memaklumkan kepada pihak sekolah pada Khamis lalu (26 Jul).
Atas nasihat pihak sekolah, mangsa kemudian membuat aduan polis pada Sabtu (28 Jul) berhubung kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan kes tersebut.
“Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya seperti ditukil Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.