Skip to main content

Dunia

Guru cabul pelajar tepi masjid

Seorang guru didakwa mencabul seorang remaja berusia 14 tahun sebanyak empat kali di pekarangan sebuah masjid.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru cabul pelajar tepi masjid

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Sep 2018 06:20PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 07:23PM

SIDOARJO: Seorang guru didakwa mencabul seorang remaja berusia 14 tahun sebanyak empat kali di pekarangan sebuah masjid.

Menurut Kompas.com, suspek bernama Abdul Syukur, 32 tahun, berkenalan dengan mangsa melalui satu platform online, MiChat. Selepas berkenalan, mangsa akhirnya bersetuju untuk bertemu.

Abdul Syukor sempat menyewa sebuah kereta sebelum bertemu dengan mangsa di kawasan masjid Keluharan Sarirogo, lapor Kompas.com.

Sebaik sahaja mangsa memasuki kenderaan yang disewanya, Abdul Syukor langsung menciumnya dan meraba bahagian sulit mangsa.

"Perbuatannya sangat melampau kerana ia dilakukan dalam kereta yang diletakkan berhampiran masjid.

"Pelaku yang sudah berkahwin ditangkap penduduk ketika sedang bercumbu sebelum dipukul oleh mereka.

"Ibu bapa mangsa kemudiannya membuat aduan kepada polis," kata jurucakap polis tempatan, Encik Muhammad Harris, seperti ditukil Kompas.com.

Laman tersebut difahamkan Abdul Syukor sudah berkahwin. Dia ditangkap para penduduk kampung ketika bercumbu lalu dipukul. Jika didapati bersalah, guru tersebut berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.  

Sumber : Agensi berita/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita