Guru agama M'sia mengaku tidak bersalah cederakan murid hingga patah kaki
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang guru agama di Marang menghempas seorang anak murid lelakinya sehingga patah kaki. (Gambar fail: BERNAMA)
MARANG: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (12 Okt) atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki sehingga patah kaki pada Julai lalu.
Ahmad Mursyidin Abdullah, 37 tahun, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Guru itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun, sehingga menyebabkan patah tulang di bahagian kaki kanan dengan cara mengangkat dan menghempas kanak-kanak itu di atas sebuah kerusi kayu.
Kejadian itu didakwa berlaku dalam kelas di sebuah sekolah rendah di daerah itu pada pukul 4.15 petang, 6 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Majistret menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 (S$1,230) dengan seorang penjamin, manakala 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan serta tidak boleh terbabit dengan jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.
Dalam kejadian Julai lalu, insiden itu disedari ibu mangsa berusia 36 tahun sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada pukul 5.00 petang.
Murid itu kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran bagi pemeriksaan dan disahkan kaki kanan kanak-kanak itu patah dan aduan polis berhubung kejadian tersebut dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.