Guru agama dituduh cabul kehormatan 5 budak perempuan
Lima kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa pencabulan seksual guru agama mereka di Makassar, Sulawesi Selatan, lapor Jakarta Post.

(Gambar hiasan: Mediacorp)
JAKARTA: Lima kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa pencabulan seksual guru agama mereka di Makassar, Sulawesi Selatan, lapor Jakarta Post.
Suspek berusia 55 tahun yang belum diberkas itu sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga kanak-kanak berkenaan. Mereka melaporkan perbuatan itu kepada Pusat Penjagaan Bersepadu untuk Pemerkasaan Wanita dan Kanak-Kanak Makassar.
Menurut Jakarta Post, ketua pusat jagaan itu, Andi Tenri Pallalo, berkata kesemua mangsa berusia antara sembilan tahun dengan 12 tahun.
"Kita menguruskan kes ini sejak minggu lalu. Kami membantu dan melakukan penilaian psikologi berikutan kesemua mangsa masih di bawah umur.
"Tindakan suspek terbongkar apabila ibu kepada salah seorang mangsa merasa curiga kerana anaknya enggan memasuki kelas.
"Selepas disoal siasat, kanak-kanak itu mendakwa dicabul gurunya dan mungkin ada lagi mangsa kerana keluarga lain turut tampil membuat tuduhan sama menyusuli kes pertama yang dilaporkan," ujar Andi seperti ditukil Jakarta Post.
Polis Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak Makassar, Inspektor Ismail, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa setakat Sabtu lalu.
Beliau menambah mangsa mendakwa mereka dicabul ketika sedang mengikuti kelas agama.
"Bagaimanapun suspek belum dapat diberkas dan polis masih membuat siasatan lanjut," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.