Skip to main content

Dunia

Gunung Sinabung muntahkan asap dan debu

Gunung Sinabung di Indonesia meletus pada Selasa (7 Mei), memuntahkan abu dan asap setinggi 2,000 meter ke udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Sinabung muntahkan asap dan debu

Gunung Sinabung di Indonesia meletus pada Selasa (7 Mei). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 May 2019 05:42PM Dikemas Kini : 07 May 2019 05:45PM

JAKARTA: Gunung Sinabung di Indonesia meletus pada Selasa (7 Mei), memuntahkan abu dan asap setinggi 2,000 meter ke udara. Ini menyebabkan kampung-kampung tempatan diliputi dengan serpihan.

Gunung berapi yang terletak di pulau Sumatra itu memuntahkan asap tebal setelah ia menjadi semakin aktif sejak beberapa hari lalu. Ia mula menjadi tidak tidak stabil sejak 2010 dengan satu letusan dahsyat tercetus pada 2016.

Para pegawai agensi pengurusan bencana menyatakan bahawa letusan terbaru itu mempunyai "potensi" menjejas penerbangan pesawat, tetapi ia belum mengeluarkan notis rasmi kepada pesawat-pesawat untuk mengelakkan kawasan itu.

Para penduduk tempatan yang tinggal di tepi sungai berdekatan kawah sudah dinasihati supaya berjaga-jaga kerana terdapat kemungkinan bahan lahar akan mengalir.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian akibat letusan terkini itu dan agensi bencana tersebut belum mengeluarkan perintah pemindahan.

Selain itu, tiada sesiapa pun yang tinggal di kawasan sekeliling gunung berapi itu.

Setelah 400 tahun menyepi, Gunung Sinabung buat julung-julung kalinya kembali aktif pada 2010. Ia meletus sekali lagi pada 2013, dan kekal dalam keadaan amat aktif sejak itu.

Dalam salah satu daripada letusan Sinabung pada 2014 seramai 16 orang maut. Lagi penduduk lain pula terkorban dalam letusan pada 2016.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita